Thursday, 22 October 2015

PENDAHULUAN

          
          Usahawan adalah individu yang menjalankan perniagaan tidak kira kecil atau besar. Usahawan biasanya akan berhadapan dengan risiko dan risiko yang diambil adalah sederhana dan telah diperhitungkan. Walaupun seseorang usahawan tahu bahawa mereka akan berhadapan dengan pelbagai risiko, mereka juga sebenarnya memikirkan tentang ganjaran yang bakal mereka peroleh, iaitu keuntungan. Dalam dunia keusahawanan, keuntungan atau kerugian adalah sesuatu yang akan diterima oleh seseorang usahawan dan tidak dapat dielakkan. Tetapi, seseorang masih memilih untuk menjadi usahawan mungkin kerana ingin menjadi kaya, boleh bekerja di rumah, sudah lama tiada pekerjaan, mewarisi perniagaan keluarga dan ingin mengubah nasib.

          Usahawan berperanan sebagai perintis, pereka dan penggalak kepada perubahan dan inovasi. Oleh itu, seseorang usahawan perlu kreatif dan inovatif dalam menghasilkan atau mencipta sesuatu produk atau servis supaya perniagaannya dapat terus kekal dalam pasaran. Usahawan juga terbahagi kepada 3 jenis iaitu peramal, orang yang bersungguh-sungguh, dan orang tengah. Seseorang usahawan tidak dilahirkan atau tercipta secara semula jadi, tetapi mereka dilatih. Usahawan boleh terdiri daripada pelbagai golongan seperti pelajar, pekerja, mahupun penganggur. Kejayaan dalam menjadi seorang usahawan dapat diperoleh jika individu tersebut bersungguh-sungguh dan mempunya ilmu dalam bidang perniagaan.

TUGASAN 1-A


Pelajar dikehendaki mengenal pasti dan menerangkan sifat-sifat keusahawanan yang sangat diperlukan dan digunakan untuk menjalankan perniagaan oleh usahawan. Berdasarkan ciri-ciri yang disediakan di bawah, terangkan setiap ciri dengan contoh yang berkaitan dalam perspektif perniagaan. [Mesti gunakan usahawan yang berbeza sebagai satu contoh untuk setiap ciri.(Sekurang-kurangnya satu contoh )]




TUGASAN 1-A (Networked/Rangkaian)


Datuk Wira Dr. Maznah Hamid



          Rangkaian adalah satu aktiviti perniagaan sosioekonomi yang mana kumpulan ahli perniagaan seperti yang berfikiran mengenali, membuat atau bertindak atas peluang-peluang perniagaan. Sebagai contoh, tokoh usahawan yang mempunyai sifat seperti ini dapat dilihat dalam diri Datuk Wira Dr. Maznah Hamid.

          Datuk Dr.Maznah adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau telah membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung 30 tahun dahulu menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya. Selain itu, beliau juga merupakan seorang ‘pendidik’, Guru Keusahawanan serta aktiviti kemasyarakatan yang dikenali oleh seluruh peringkat masyarakat di dalam dan di luar negara.

          Berdasarkan kepada ciri-ciri kepimpinan dan keusahawanan yang begitu ketara pada diri beliau, beliau telah diundang untuk memperkenalkan rancangan motivasi di TV3 pada tahun 1990. Disitulah beliau menjadi kaunselor motivasi dan ‘success counsellor' dimana kita sering mendengar suaranya di radio dan melihat wajahnya di kaca TV.
          Kemunculan beliau yang meluas di TV1, TV2, TV3, Astro serta pelbagai bentuk media yang lain menambahkan populariti beliau sebagai seorang tokoh masyarakat yang disegani. Selain daripada itu, beliau juga merupakan pakar motivasi, pembangunan insan dan keusahawan serta ‘success counselor’ di institusi–institusi pengajian tinggi. Oleh kerana minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan insan, beliau telah menubuhkan Maznah Motivational Centre(MMC) yang mengelolakan seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insan.

TUGASAN 1-A (Failure is an Option/Kegagalan Adalah Satu pilihan)


Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah



          Kegagalan adalah satu perkara biasa dalam kehidupan, malah dalam perniagaan juga tidak dapat dielakkan. Contoh kegagalan dalam dunia perniagaan ialah gagal dalam mengurus kewangan perniagaan, mengalami kerugian serta gagal memenuhi kehendak pelanggan dan lain-lain. 

          Sebagai contoh, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah, pengasas dan peneraju Kumpulan Sunway, telah menempuh tiga tahap kemelesetan ekonomi dengan jayanya. Seperti tahun 1974, beliau menjalankan perniagaan perlombongan bijih timah bermodalkan RM100,000 melalui Syarikat Sungai Wey, pada tahun 1977 kemelesetan ekonomi melanda tetapi syarikatnya mampu bertahan. Selepas beberapa tahun, prestasi syarikatnya meningkat dan menyebabkan perniagaannya berjaya.

TUGASAN 1-A (Observant/Melihat atau Melakukan Sesuatu)


Tan Sri Mokhzani Mahathir



          Seorang usahawan yang berjaya hendaklah bijak memerhati sesuatu seperti melihat peluang-peluang yang ada untuk memasarkan atau memajukan perniagaanya. Bagi seorang usahawan yang ingin berjaya, mereka juga perlulah memberi perhatian sepenuhnya terhadap apa yang mereka usahakan. Selain itu, usahawan yang berjaya juga haruslah peka terhadap tindakan yang akan dilakukan dan sememangnya harus bijak dalam membuat keputusan serta dalam hal merebut peluang yang sedia ada. 

          Sebagai contoh, Tan Sri Mokhzani Mahathir. Beliau cepat dalam merebut peluang dengan membuat penggabungan antara syarikat miliknya iaitu Kencana Petroleum dengan syarikat Sapura Crest pada tahun 2012 untuk mematangkan perniagaanya sehingga dapat menghasilkan Sapura Kencana, iaitu sebuah syarikat Oil and Gas Service Provider yang terbesar di Malaysia. 

          Beliau juga melabur dalam Tongkah Holdings Berhad dan telah memulakan langkah baru dalam pembuatan komponen serta sektor penjagaan kesihatan minyak dan gas. 

          Seterusnya, beliau juga telah melepaskan semua jawatan dan ekuiti dalam syarikat ini semasa latihan penjualan pada tahun 2001 dan telah mendirikan Kencana Capital Sdn Bhd sebagai sebuah syarikat pegangan pelaburan pada tahun yang sama.

TUGASAN 1-A (Visionary/Berwawasan)


Larry Page dan Sergey Brin



          Berwawasan adalah satu sifat di mana seseorang memikirkan sesuatu atau merancang masa depan mereka dengan imaginasi atau kebijaksanaan. Dalam perniagaan, sifat berwawasan adalah perlu untuk kita melihat di mana kita meletakkan masa hadapan dan mula merancang atau menyusun langkah-langkah untuk membangunkan sesebuah organisasi. 

          Namun, wawasan dan tindakan harus seimbang. Kerana untuk mencapai sesebuah wawasan, seseorang harus mula bertindak dan fokus kepada apa yang perlu dilakukan dan bagaimana untuk mencapai wawasan tersebut. Lazimnya, matlamat bagi seseorang usahawan yang berwawasan bukanlah untuk menarik perhatian, dan tidak juga hanya tertumpu pada duit. Tetapi, apa yang mereka inginkan adalah untuk mengubah dunia dengan sesuatu yang baru atau membawa kelainan. 

          Dalam dunia perniagaan dan keusahawanan, sifat berwawasan ini dapat dilihat pada pasangan usahawan berjaya iaitu Larry Page dan Sergey Brin yang merupakan pengasas kepada Google. Sebagai contoh, Larry dan Sergey mula berkenal ketika mereka bertemu dia Stanford University. Mereka sentiasa bercakap tentang matlamat mereka di mana mereka ingin mengindeks semua maklumat di dunia. Mereka telah mencapai matlamat tersebut pada tahun 1997, dan kini, Google merupakan sumber utama yang digunakan untuk pencarian maklumat.

TUGASAN 1-A (Open Culture/Budaya Terbuka)


Tan Sri Nasimuddin S.M Amin

          Budaya terbuka adalah konsep yang di mana pengetahuan hendaklah disebarkan secara bebas dan pertumbuhannya harus datang daripada membangun, menukar atau memperkaya kerja-kerja yang telah sedia ada atas dasar perkongsian dan kerjasama tanpa terikat kepada peraturan yang berkaitan dengan perlindungan undang-undang harta intelek. Contoh usahawan yang memiliki sifat “Open culture” ini ialah Tan Sri Nasimuddin S.M Amin iaitu Pengarah Urusan Kumpulan Naza yang ditubuhkan pada 1979. 

          Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, hotel, perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat-alat mesin, pembuatan dan sebagainya. Pada usia 21 tahun, dengan kos sebanyak RM80000, Nasimuddin membeli 20 AP lalu ke Jepun, di mana beliau menghabiskan tiga bulan dan membawa kembali 20 unit pertama kereta Jepun terpakai yang berjaya dijual habis dalam masa tiga bulan. Beliau terpaksa menghadapi beberapa cabaran, termasuklah pembiayaan dan bagaimana untuk mendapatkan keyakinan pelanggan-pelanggan untuk membeli kereta-kereta terpakai apabila ramai di antara rakyat Malaysia kurang berminat pada kereta-kereta asing. 

          Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Tan Sri Nasimuddin sebagai satu contoh kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana beliau mempunyai pendekatan yang luar biasa bagi mengembangkan perniagaan beliau, bermula dengan menjual kereta import terpakai dari Jepun, kemudian bekerjasama dengan syarikat asing untuk menghasilkan dan menjual kereta buatan tempatan di bawah jenama sendiri.

TUGASAN 1-A (Outcome Oriented/Hasil Berorientasikan)


Datuk Jimmy Choo



          Orientasi dapat didefinisikan sebagai peninjauan untuk menentukan sikap, arah, tempat yang tepat dan benar atau sebagai pandangan yang mendasari fikiran, perhatian atau kecenderungan. Tujuan hasil orientasi ini juga adalah suatu perhatian untuk bekerja dengan baik. Menurut H. Hadari Nawawi dalam bukunya iaitu “Manajemen Sumber Daya Manusia” untuk bisnes yang kompetitif, orientasi adalah usaha untuk membantu para pekerja agar mengenali secara baik dan mampu beradaptasi dengan suatu situasi iaitu dalam suatu lingkungan atau suatu organisasi mahupun perusahaan. 

          Disamping itu, seorang usahawan juga hendaklah selalu mengutamakan dan mengerjakan tugasnya sehingga mendapat hasil yang baik dan apakah tugas itu berjalan secara efisien atau tidak. Seorang usahawan juga sangat mementingkan efisien dan efektif sesuatu tugas, kerana ini menyangkut terhadap dana atau modal yang ia keluarkan dan tenaga yang ia habiskan serta waktu yang ia akan gunakan. Sedangkan seorang usahawan harus sentiasa berpegang kepada prinsip ekonomi, iaitu “Berusaha untuk menggunakan modal yang sekecil-kecilnya untuk mendapatkan hasil atau untung yang sebesar-besarnya”. 

          Sebagai contoh, Datuk Jimmy Choo yang sinonim dengan pereka kasut yang bergaya dan eksklusif, telah menjalankan hubungan interpersonal iaitu sebagai ketua serta orang yang berhubung dengan pihak luar. Beliau juga melaksanakan tugasnya bersifat sosial dan melayan pelanggan seperti beliau melayan permintaan Puteri Diana secara peribadi untuk mendapatkan rekaan kasut yang terbaik mengikut cita rasa beliau. Oleh kerana sikapnya itu, beliau akhirnya telah menjadi pereka kasut yang diminati oleh Puteri Diana semasa beliau berada dalam pengurusan yang berorientasikan pelanggan.

TUGASAN 1-A (Open Risk Taker/Pengambil Risiko Terbuka)


Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari


          Risiko merupakan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesebuah perniagaan. Secara teori, semakin tinggi sesuatu risiko, semakin besar pulangannya. Tetapi risiko yang diambil oleh usahawan perlu diperhitungkan agar kemungkinan kerugian yang bakal dihadapi dapat dielakkan. 

          Sebagai contoh, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari mengambil alih rangkaian Bank Muamalat Malaysia Berhad setelah memperhitungkan risiko yang bakal dihadapi. Walaupun beliau sudah tahu bidang kewangan dan perbankan amat berisiko dan perlukan kepakaran untuk mengelakkan kerugian dalam urus niaga tersebut.

TUGASAN 1-A (Team Oriented/Kumpulan Orientasi)


Puan Hajah Faiza Bawumi Sayed Ahmad


          Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas bagi mencapai matlamat organisasi. Kerjasama kumpulan amat penting untuk membantu memasarkan produk di samping mengembangkan perniagaan dengan menaja rakan kongsi baru untuk bersama-sama dalam perniagaan ini. Kemahiran kerja berpasukan yang perlu diterokai seperti komunikasi dalam kumpulan, membuat keputusan bersama-sama, mengendalikan konflik, membina kreativiti, kepimpinan, dan lain-lain lagi. 

          Menurut kata Devito (1997), komunikasi dalam kumpulan adalah himpunan individu yang berstruktur dan berinteraksi bagi mencapai matlamat yang sama. Sebagai contoh, Puan Hajah Faiza Bawumi Sayed Ahmad, selaku pengarah urusan Syarikat Faiza Sdn. Bhd., yang mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak berkata, dengan penglibatan mereka sebagai satu kumpulan dalam penghasilan produk tersebut, ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya. Beliau yang merupakan Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn. Bhd., bekerjasama dengan program realiti televisyen swasta tempatan yang berbentuk amal, iaitu "Bersamamu" kerana syarikat itu merupakan penaja utama rancangan tersebut, berkata hasratnya kini adalah untuk menubuhkan Yayasan Faiza bagi membantu golongan tersebut demi mencapai matlamat organisasi.

TUGASAN 1-A (Proactive/Proaktif)


Carlos Sim Helu


          Proaktif adalah satu sifat di mana seseorang yang mampu menangkap peluang yang ada, mempunyai visi untuk masa hadapan, selalu aktif dan dapat memikirkan apa yang dapat mereka lakukan untuk meningkatkan kualiti kehidupan. Proaktif adalah berkaitan dengan mengambil tanggungjawab untuk hidup anda. Seseorang yang proaktif sedar bahawa mereka mampu memberi tindak balas terhadap sesuatu keinginan. Mereka bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri dan memilih untuk berfikir sebelum bertindak.

          Selain itu, seseorang yang bersifat proaktif mampu mengambil keputusan yang tepat walaupun berada dalam situasi yang sangat sulit serta mereka juga berfikiran positif pada setiap keadaan. Mereka juga bijak merebut peluang untuk menang dalam persaingan. Kehendak pelanggan berubah-ubah dari semasa ke semasa jadi mereka akan mengambil kesempatan untuk memberi barang atau perkhidmatan yang dapat memuaskan hati pelanggan.
          Sebagai contoh, usahawan yang memiliki ciri tersebut ialah Carlos Slim Helu. Beliau memiliki berbagai perusahaan yang terdiri dari perusahaan telekomunikasi, ritel, insurans-perbankan, teknologi dan pembuatan suku cadang. Saat ini beliau adalah ketua dan kepala eksekutif perusahaan telekomunikasi Telmex dan América Móvil. Salah satu hal yang luar biasa adalah Perusahaan yang di pegangnya, Telekomunikasi Telmex telang menguasai hampir 90% pasar telefon di Mexico. Selain itu, perusahaan lainnya iaitu America Movil juga telah menangani 70 % layanan seluler.

TUGASAN 1-B (Howard Schultz)

Tulis biografi ringkas seorang usahawan berjaya pilihan anda menggunakan perkataan anda sendiri. Kemudian, terangkan bagaimana ia menunjukkan lima (5) ciri-ciri keusahawanan yang ditonjolkan dalam Tugasan 1-A dan bagaimana ini membantu mereka untuk berjaya dalam usaha mereka.


5 CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN YANG DIPILIH



Untuk Tugasan 1-B, kami telah memilih Howard Schultz, pengasas Starbucks sebagai contoh usahawan yang mempunyai 5 ciri-ciri keusahawanan yang ditonjolkan dalam soalan (Tugasan 1-A).


Howard Schultz



          Howard Schultz merupakan CEO Starbucks, sebuah syarikat ‘coffee’ yang berjaya dan terkenal. Howard adalah seorang warganegara Amerika, lahir di Brooklyn, New York pada 19 July 1953. Beliau merupakan seorang graduan daripada Northern Michigan University dalam Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komunikasi sebelum beliau mula sertai Starbucks pada 1982, sebagai Pengarah Operasi dan Pemasaran. Pada tahun 1987, Howard mula menjadi Pengerusi dan CEO bagi Starbucks apabila beliau berjaya membelinya dengan bantuan pelabur tempatan. Kini, beliau telah berjaya mengembangkan perniagaannya sehingga ke 66 buah negara sebagai penyampai utama ‘coffee’ yang terbaik.

          Terdapat beberapa ciri-ciri yang dapat dilihat pada Howard Schultz yang menjadikan beliau seorang usahawan yang berjaya dan dapat memajukan perniagaannya. Antaranya adalah berwawasan, mengambil risiko terbuka, suka memerhati, melakukan sesuatu proaktif dan kegagalan adalah satu pilihan.

          Howard sebagai seorang usahawan yang berwawasan dapat dilihat apabila beliau memang pernah berazam untuk membuka sebuah syarikat yang lain daripada syarikat yang sedia ada. Semasa beliau mengembara ke Italy, beliau terpukau dengan suasana ‘Italian Coffee Bars’ di sana. Mulai saat itu, beliau meletakkan visi dalam dirinya untuk membawa suasana tradisi ‘coffeehouse’ di Italy tersebut ke Amerika. Beliau ingin membuka suatu tempat di mana manusia boleh ‘berhubung’, berkomunikasi, dan tempat yang dapat menimbulkan atau memupuk rasa kemasyarakatan – tempat di antara kerja dan rumah.

          Beliau juga pernah mengalami situasi yang sama iaitu menghadapi sesuatu kegagalan. Pada tahun 1994, jumlah pengunjung pada musim panas berkurang disebabkan tidak wujudnya lagi ‘Refreshing Drink’ di Starbucks itu. Tetapi, kita dapat lihat di sini bahawa Schultz bertindak dengan pantas selepas beliau mengalami kegagalan tesebut dan menyelesaikannya dengan cara atau kaedah baru iaitu pada April 1995, buat pertama kalinya beliau telah memperkenalkan menu Frappuchino di sekitar 550 kafe Starbucks yang ada. Menu baru ini juga akhirnya menjadi terkenal dan pada tahun yang sama, 10% pendapatan Starbuck ini berasal daripada menu tersebut. Tidak kurang hebatnya juga pada tahun 1996, Pepsico, iaitu syarikat makanan multinasional Amerika telah menawarkan kerjasama dengan beliau dalam sektor pembuatan botol Frappucino.

          Selain itu, Howard Schultz juga pernah mengalami kegagalan dalam mengahadapi krisis ekonomi pada tahun 2008. Tetapi dengan pantasnya, Schultz telah bertindak untuk menyelamatkan perniagaannya dengan mengurangkan pengeluaran. Beliau telah mengurangkan pengeluarannya dengan cara menutup 600 buah kafe pada tahun 2008 dan menutup lagi 300 buah kafe pada tahun 2009. Pada saat itu perusahaannya hanya fokus untuk menyelesaikan krisis ekonomi sahaja.

          Howard Schultz juga seorang usahawan yang berani mengambil risiko terbuka. Beliau dikatakan seorang yang unik kerana beliau mampu melihat masa depan yang lebih jauh daripada orang ramai terhadap peluang yang bakal diambil. Beliau mengambil masa setahun untuk memujuk tiga pemilik Starbucks supaya mejadikan beliau sebagai pengarah operasi dan pemasaran. Sebagai contoh, beliau mengambil risiko untuk menambahkan cawangan Starbucks di serata dunia setelah membuat pertimbangan kemungkinan kerugian yang bakal dihadapi.

          Beliau juga seorang yang proaktif iaitu bijak dalam mengambil peluang yang ada, mempunyai visi untuk masa hadapan, selalu aktif dan dapat memikirkan apa yang dapat mereka lakukan untuk meningkatkan kualiti kehidupan. Howard mencipta dua program bagi membentuk budaya Starbucks. Pertama, beliau menawarkan perlindungan kesihatan kepada pekerjanya. Kedua, memberi peluang kepada pekerjanya untuk melabur dalam perniagaan.

          Selain itu, beliau mempunyai sikap bijak memerhati sesuatu dengan teliti (observant), seperti melihat peluang-peluang yang ada untuk memasarkan atau memajukan perniagaanya. Pada tahun 1987, Starbucks pada ketika itu, telah menyediakan “Bar Counter” di setiap kedai kopinya dengan seorang Barista (Ahli Pembuat Kopi) yang bertugas untuk menghaluskan biji kopi, meracik dan meyajikan kopi yang segar. Barista juga harus menghafal nama kebiasaan dan minat para pelanggan.

          Ketika Howard pertama kali berkunjung ke Italia, dia kagum dengan kedai kopi disana khususnya pada teknik penyajian kopi oleh para Barista dimana mereka mampu menuang espresso dengan hanya sebelah tangan manakala yang sebelah lagi mencedok cream sambil berbual dengan pelanggan. Dua tahun kemudian, untuk kedua kalinya Howard berangkat ke Italia. Beliau pulang bukan hanya membawa resepi tetapi beliau juga membawa beberapa keeping gambar dan video dokumentasi para Barista dari Italia. Video tersebut kemudiannya dijadikan sebagai demo untuk latihan para staffnya untuk mempraktikkan dalam perniagaannya. Hal ini telah mendorong untuk menjadikan Starbucks terkenal sehingga ke saat ini.

          Kesimpulannya, Howard Schultz memiliki ciri-ciri yang patut ada pada setiap usahawan yang ingin berjaya. Ciri-ciri yang ada dalam diri beliau boleh dijadikan contoh oleh usahwan-usahawan yang lain dan boleh dibanggakan. Hal ini kerana tidak mudah untuk menyatukan sebuah pasukan di sebalik usaha beliau untuk memahami emosi dan memberi inspirasi kepada para pekerjanya. Dengan imaginasi dan tekad dalam mengejar matlamat, beliau mampu untuk mengubah operasi berpangkalan di Seattle, 33 tahun dahulu kepada kejayaan antarabangsa yang menjadi fenomena dunia dengan kekayaan terkini direkodkan USD$4.1 billion! Dengan lebih 10,000 lokasi dan beratus-ratus juta penggemar kopi yang setia telah menjadi sejarah dalam penubuhan syarikat kopi di seluruh dunia.

KESIMPULAN

         
          Secara ringkasnya, setiap usahawan yang ingin berjaya dalam sesuatu haruslah memiliki beberapa ciri yang akan membantu mereka mencapai matlamat yang diimpikan. Setiap usahawan atau ahli perniagaan hanya mengimpikan kejayaan yang berterusan di samping memperoleh pendapatan daripada apa yang diusahakan. Terdapat banyak ciri dan sifat positif yang kita dapat lihat dalam diri setiap usahawan tersebut seperti “Networked”, “Open Risk Taker”, “Observant”, “Visionary”, “Failure is an Option”, “Open Culture”, “Outcome Oriented”, “Team Oriented”, dan “Proactive”. Ciri-ciri dan sifat positif inilah yang akan membantu usahawan itu sepanjang mereka membina karier dalam bidang perniagaan.


          Bagi individu yang memasang impian untuk bergelar usahawan yang berjaya tetapi masih belum bersedia, dan belum melengkapkan diri dengan sifat-sifat seorang usahawan, kegagalan bakal ditemui sepanjang penglibatan mereka dalam dunia perniagaan ini, dan akan banyak berdepan dengan pelbagai risiko yang tidak terjangka. Justeru itu, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya tidaklah susah, tetapi jika mereka mengambil jalan mudah, sukar bagi mereka untuk mencapai status seorang usahawan yang berjaya.

RUJUKAN



P/S: Rujukan ini diperoleh sepanjang November sehingga Oktober 2015. Sumber rujukan yang tidak dapat dicari berkemungkinan telah dipadam daripada sumber asalnya.