Thursday, 22 October 2015

TUGASAN 1-B (Howard Schultz)

Tulis biografi ringkas seorang usahawan berjaya pilihan anda menggunakan perkataan anda sendiri. Kemudian, terangkan bagaimana ia menunjukkan lima (5) ciri-ciri keusahawanan yang ditonjolkan dalam Tugasan 1-A dan bagaimana ini membantu mereka untuk berjaya dalam usaha mereka.


5 CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN YANG DIPILIH



Untuk Tugasan 1-B, kami telah memilih Howard Schultz, pengasas Starbucks sebagai contoh usahawan yang mempunyai 5 ciri-ciri keusahawanan yang ditonjolkan dalam soalan (Tugasan 1-A).


Howard Schultz



          Howard Schultz merupakan CEO Starbucks, sebuah syarikat ‘coffee’ yang berjaya dan terkenal. Howard adalah seorang warganegara Amerika, lahir di Brooklyn, New York pada 19 July 1953. Beliau merupakan seorang graduan daripada Northern Michigan University dalam Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komunikasi sebelum beliau mula sertai Starbucks pada 1982, sebagai Pengarah Operasi dan Pemasaran. Pada tahun 1987, Howard mula menjadi Pengerusi dan CEO bagi Starbucks apabila beliau berjaya membelinya dengan bantuan pelabur tempatan. Kini, beliau telah berjaya mengembangkan perniagaannya sehingga ke 66 buah negara sebagai penyampai utama ‘coffee’ yang terbaik.

          Terdapat beberapa ciri-ciri yang dapat dilihat pada Howard Schultz yang menjadikan beliau seorang usahawan yang berjaya dan dapat memajukan perniagaannya. Antaranya adalah berwawasan, mengambil risiko terbuka, suka memerhati, melakukan sesuatu proaktif dan kegagalan adalah satu pilihan.

          Howard sebagai seorang usahawan yang berwawasan dapat dilihat apabila beliau memang pernah berazam untuk membuka sebuah syarikat yang lain daripada syarikat yang sedia ada. Semasa beliau mengembara ke Italy, beliau terpukau dengan suasana ‘Italian Coffee Bars’ di sana. Mulai saat itu, beliau meletakkan visi dalam dirinya untuk membawa suasana tradisi ‘coffeehouse’ di Italy tersebut ke Amerika. Beliau ingin membuka suatu tempat di mana manusia boleh ‘berhubung’, berkomunikasi, dan tempat yang dapat menimbulkan atau memupuk rasa kemasyarakatan – tempat di antara kerja dan rumah.

          Beliau juga pernah mengalami situasi yang sama iaitu menghadapi sesuatu kegagalan. Pada tahun 1994, jumlah pengunjung pada musim panas berkurang disebabkan tidak wujudnya lagi ‘Refreshing Drink’ di Starbucks itu. Tetapi, kita dapat lihat di sini bahawa Schultz bertindak dengan pantas selepas beliau mengalami kegagalan tesebut dan menyelesaikannya dengan cara atau kaedah baru iaitu pada April 1995, buat pertama kalinya beliau telah memperkenalkan menu Frappuchino di sekitar 550 kafe Starbucks yang ada. Menu baru ini juga akhirnya menjadi terkenal dan pada tahun yang sama, 10% pendapatan Starbuck ini berasal daripada menu tersebut. Tidak kurang hebatnya juga pada tahun 1996, Pepsico, iaitu syarikat makanan multinasional Amerika telah menawarkan kerjasama dengan beliau dalam sektor pembuatan botol Frappucino.

          Selain itu, Howard Schultz juga pernah mengalami kegagalan dalam mengahadapi krisis ekonomi pada tahun 2008. Tetapi dengan pantasnya, Schultz telah bertindak untuk menyelamatkan perniagaannya dengan mengurangkan pengeluaran. Beliau telah mengurangkan pengeluarannya dengan cara menutup 600 buah kafe pada tahun 2008 dan menutup lagi 300 buah kafe pada tahun 2009. Pada saat itu perusahaannya hanya fokus untuk menyelesaikan krisis ekonomi sahaja.

          Howard Schultz juga seorang usahawan yang berani mengambil risiko terbuka. Beliau dikatakan seorang yang unik kerana beliau mampu melihat masa depan yang lebih jauh daripada orang ramai terhadap peluang yang bakal diambil. Beliau mengambil masa setahun untuk memujuk tiga pemilik Starbucks supaya mejadikan beliau sebagai pengarah operasi dan pemasaran. Sebagai contoh, beliau mengambil risiko untuk menambahkan cawangan Starbucks di serata dunia setelah membuat pertimbangan kemungkinan kerugian yang bakal dihadapi.

          Beliau juga seorang yang proaktif iaitu bijak dalam mengambil peluang yang ada, mempunyai visi untuk masa hadapan, selalu aktif dan dapat memikirkan apa yang dapat mereka lakukan untuk meningkatkan kualiti kehidupan. Howard mencipta dua program bagi membentuk budaya Starbucks. Pertama, beliau menawarkan perlindungan kesihatan kepada pekerjanya. Kedua, memberi peluang kepada pekerjanya untuk melabur dalam perniagaan.

          Selain itu, beliau mempunyai sikap bijak memerhati sesuatu dengan teliti (observant), seperti melihat peluang-peluang yang ada untuk memasarkan atau memajukan perniagaanya. Pada tahun 1987, Starbucks pada ketika itu, telah menyediakan “Bar Counter” di setiap kedai kopinya dengan seorang Barista (Ahli Pembuat Kopi) yang bertugas untuk menghaluskan biji kopi, meracik dan meyajikan kopi yang segar. Barista juga harus menghafal nama kebiasaan dan minat para pelanggan.

          Ketika Howard pertama kali berkunjung ke Italia, dia kagum dengan kedai kopi disana khususnya pada teknik penyajian kopi oleh para Barista dimana mereka mampu menuang espresso dengan hanya sebelah tangan manakala yang sebelah lagi mencedok cream sambil berbual dengan pelanggan. Dua tahun kemudian, untuk kedua kalinya Howard berangkat ke Italia. Beliau pulang bukan hanya membawa resepi tetapi beliau juga membawa beberapa keeping gambar dan video dokumentasi para Barista dari Italia. Video tersebut kemudiannya dijadikan sebagai demo untuk latihan para staffnya untuk mempraktikkan dalam perniagaannya. Hal ini telah mendorong untuk menjadikan Starbucks terkenal sehingga ke saat ini.

          Kesimpulannya, Howard Schultz memiliki ciri-ciri yang patut ada pada setiap usahawan yang ingin berjaya. Ciri-ciri yang ada dalam diri beliau boleh dijadikan contoh oleh usahwan-usahawan yang lain dan boleh dibanggakan. Hal ini kerana tidak mudah untuk menyatukan sebuah pasukan di sebalik usaha beliau untuk memahami emosi dan memberi inspirasi kepada para pekerjanya. Dengan imaginasi dan tekad dalam mengejar matlamat, beliau mampu untuk mengubah operasi berpangkalan di Seattle, 33 tahun dahulu kepada kejayaan antarabangsa yang menjadi fenomena dunia dengan kekayaan terkini direkodkan USD$4.1 billion! Dengan lebih 10,000 lokasi dan beratus-ratus juta penggemar kopi yang setia telah menjadi sejarah dalam penubuhan syarikat kopi di seluruh dunia.

No comments: